“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahala mu”.

Surah Ali Imran : 185

BADAN KHAIRAT SURAU FIRDAUS (BKSF)

PEMBAHARUAN AHLI & PENDAFTARAN AHLI BARU

YURAN KEAHLIAN

*Sila perbaharui keahlian khairat anda sebelum 1 Jun setiap tahun.

Sebarang pertanyaan berkaitan yuran keahlian boleh hubungi Cikgu Pazir (Bendahari) No Tel: 012 976 4959 atau  En. Mazlan (Pembantu Bendahari) No Tel: 019 254 7392

NO AKAUN BKSF:

BANK RAKYAT

1102271960

BADAN KHAIRAT SURAU FIRDAUS

PENGURUSAN BADAN KHAIRAT

PENGERUSI SURAU

Tn. Hj Safarudin Mohd Zain
012-3511624

TIMBALAN PENGERUSI

Tn. Hj Sazali Sarjuni
019-2367019

SETIAUSAHA

En. Afezan Ponijan
019-3309976

BENDAHARI

Cikgu Pazir Zainuddin
012-9764959

TIMBALAN BENDAHARI

En. Mazlan Zulkefli
019-2547392

TEKNIKAL

En. Hasrul Sharudin
010-7919404

PENGURUSAN JENAZAH BKSF

PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMIN

  1. TN HJ ABDUL RASHID
         013-3357170
  2. TN HJ MUNIR MASRI
        012-6612244
  3. TN HJ APPENDI
        017-6752560
  4. EN ABDUL RAHMAN KAUS
        012-3130163
  5. EN MAZLAN ZULKEFLI
        019-2547392

PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT

  1.  PN NOORUL HUDA (KETUA)
         019-2655698
  2. PN JUMI HUSSIN
        019-3672580
  3. PN HJH SHAMSIAH KESOT
        017-3815100
  4. PN RATNA SURI MOKHTAR
        012-2840275
  5. PN EDAMAS AZURA ZULLKUFLLI
        012-2981653

IMAM SOLAT JENAZAH

  1. EN ABDUL RONI RAJAB
        013-9859815
  2. TN HJ ZAIDY ABDUL TALIB
         019-2140700
  3. TN HJ SAZALI SARJUNI
         019-2367019
  4. TN HJ MUNIR MASRI
         012-6612244
  5. TN HJ ROSLAN IBRAHIM
         019-2373574

FAQ

Saya bukan penduduk BTP 16 boleh ke jadi ahli BKSF?

Individu yang menetap diluar kawasan BTP 16 yang tidak tertakluk kepada perkara diatas, boleh juga menjadi ahli BKSF dengan syarat: –

1. Beliau merupakan ahli Jemaah Surau Firdaus atau,

2. Beliau atau pasangannya mempunyai ayah atau ibu yang menetap di BTP16.

Namun begitu, untuk menjadi ahli, permohonan beliau mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan BKSF.

Apakah yang akan berlaku jika saya terlupa perbaharui yuran tahun lepas?

Kepada individu yang pernah menjadi ahli kemudian gagal untuk membayar yuran tahunan untuk tempoh setahun atau lebih dan ingin menyertai semula sebagai ahli untuk tahun berikutnya, hanya 50% daripada jumlah wang bantuan kematian akan disalurkan sekiranya berlaku kematian keatas beliau atau tanggungannya untuk tempoh 6 bulan.

Jika berlaku kematian dan saya tidak perbaharui yuran?

Sekiranya berlaku kematian ke atas ahli atau tanggungannya selepas tamat tempoh keahlian di mana yuran untuk tahun berikutnya masih belum dijelaskan, keahliannya dan kelayakan beliau untuk menerima manfaat wang bantuan kematian akan terbatal secara otomatik.

Namun begitu, ahli BKSF layak untuk menerima wang bantuan kematian sepenuhnya dengan syarat yuran dijelaskan sebelum berlakunya kematian walaupun kedua-duanya berlaku pada hari yang sama.

Saya ahli baru berdaftar, adakah saya layak menerima manfaat BSKF?

Sekiranya berlaku kematian keatas ahli baru atau tanggungannya dalam tempoh tidak cukup 6 bulan daripada tarikh pendaftaran, hanya 50% daripada jumlah wang bantuan kematian akan disalurkan bagi pengurusan jenazah. Selebihnya akan dibiayai oleh keluarga simati.

Ahli baru berkenaan akan mendapat manfaat penuh seperti ahli lama apabila keahliannya melepasi tempoh diatas ataupun apabila beliau membayar yuran untuk tahun berikutnya walaupun tempoh keahliannya kurang daripada 6 bulan apabila tempoh untuk tahun tersebut luput.

Bilakah waktu untuk saya perbaharui yuran BKSF?

Tempoh keahlian hanya sah untuk satu tahun bermula pada setiap 1JUN setiap tahun. Yuran yang dikenakan tidak akan dikira secara purata sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingin menyertai BKSF pada masa-masa yang lain.

Ahli peserta perlu menjelaskan yuran pada atau sebelum 1JUN setiap tahun. Ahli ahli akan diberitahu untuk memperbaharui keahlian melalui surat, hebahan di Surau Firdaus atau kaedah lain sebelum 1 MEI setiap tahun.

Keahlian untuk tahun berikutnya akan terbatal secara otomatik sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan selepas 1 JUN. Segala kelayakan untuk menerima bantuan wang khairat juga akan terbatal dengan serta merta.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan bila berlaku kematian?

Apabila berlakunya kematian, dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah perlu disediakan supaya proses pengkebumian jenazah dapat diselesaikan dengan sempurna.

1. Kad pengenalan asal si mati. Pewaris dinasihatkan untuk membuat Salinan dengan bilangan yang munasabah untuk simpanan dan kegunaan pada masa akan datang.

2. Kad pengenalan asal pewaris atau yang membuat laporan kematian ketika membuat laporan
3. Permit tanah perkuburan yang dikeluarkan samada oleh pihak Balai Polis atau hospital.

Perlu diingatkan kepada pewaris, apabila selesai pengkebumian simati, pewaris perlu membawa kad pengenalan asal dan permit tanah perkuburan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk merekodkan kematian dan mendapatkan Sijil Kematian.

Bagaimanakah prosedure sekiranya kematian berlaku di rumah?
Sekiranya kematian berlaku di rumah: –
1. Sila nasihatkan pewaris untuk menghubungi kumpulan paramedik untuk hadir dang mengesahkan keadaan mangsa.
2. Ikut arahan paramediK sekiranya mangsa didapati masih dalam keadaan bernyawa.
3. Sekiranya paramedik mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia, pewaris dikehendakki menghubungi Balai Polis Cawangan Batu Arang di talian 03-6035 2222.
4. Pihak polis akan menentukan samada jenazah perlu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat atau boleh diuruskan di rumah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.
5. Pewaris disarankan berunding dengan pihak polis untuk tindakan susulan
Sekiranya jenazah tidak perlu dibawa ke hospital dan boleh diuruskan dirumah, ahli jawatankuasa BKSF hendaklah memastikan pewaris melakukan perkara-perkara seperti berikut: –
1. mendapatkan PERMIT TANAH PERKUBURAN daripada Balai Polis Cawangan Batu Arang.

2. menghubungi pegawai Biro Khairat Kematian & Perkuburan Masjid Bandar Tasik Puteri – Hj Abdul Rahman di talian 019-3438265 untuk urusan penggalian tanah perkuburan dan khidmat van jenazah. Permit Tanah Perkuburan mestilah diserahkan sebelum urusan pengkebumian dilaksanakan.

3. Pewaris dinasihatkan untuk membawa jenazah ke surau untuk dimandikan dan dikafankan memandangkan pihak surau tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menguruskan jenazah di rumah.

4. Jenazah akan disolatkan di Surau Firdaus dan akan dibawa terus ke tanah perkuburan apabila semua urusan telah selesai.

5. Segala kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh pihak BKSF dengan syarat kos pengurusan tidak melebihi RM1,200.00.

6. Sekiranya perbelanjaan melebihi daripada kos yang telah diperuntukkan, maka pewaris akan dimaklumkan untuk menanggung kos lebihan daripada yang diperuntukkan, sekiranya ada.

7. Sekiranya perbelanjaan keseluruhan berkurangan daripada jumlah kos yang diperuntukkan, maka, baki daripada peruntukkan tolak perbelanjaan akan diserahkan kepada pewaris.

8. Pihak BKSF akan mengadakan Majlis tahlil pada malam yang pertama atau keesokkannya samada selepas Maghrib ataupun Isyak mengikut kesesuaian masa dan program surau yang telah diatur.

Bagaimanakah prosedure sekiranya kematian berlaku di hospital?
Sekiranya kematian berlaku di hospital atau pewaris diarahkan membawa jenazah ke hospital, berikut adalah prosedur yang akan dilaksanakan: –
1. Jenazah akan dibawa ke hospital Sungai Buloh oleh pihak polis untuk dibedah siasat.

2. Sementara menunggu urusan jenazah selesai oleh pihak hospital, pewaris / AJK BSKF tolong pastikan pihak Biro Kharat Kematian & Perkuburan Masjid Tasik Puteri – Hj Abdul Rahman di talian 019-3438265 menerima maklumat untuk mereka membuat persediaan di tanah perkuburan. Permit tanah perkuburan perlu diserahkan sebelum pengkebumian jenazah dilaksanakan.

3. Pewaris disarankan untuk memberi kebenaran kepada pihak hospital untuk memandikan, mengkafan dan solatkan jenazah dihospital

4. Jenazah akan dibawa ke Surau Firdaus untuk disolatkan sekali lagi sebelum di bawa ke Tanah Perkuburan. Walaubagaimanapun, pewaris boleh membuat keputusan untuk terus menghantar jenazah daripada hospital terus ke Tanah Perkuburan.

5. Pewaris boleh mengambil salah satu langkah berikut untuk menyelesaikan bil hospital: –

a. Menggunakan wang sendiri kemudian membuat tuntutan daripada BKSF; ATAU
b. Meminta pihak BKSF menyelesaikan bayaran bil hospital.

6. Segala kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh pihak BKSF dengan syarat kos pengendalian tidak melebihi RM1,200.00.
7. Sekiranya perbelanjaan melebihi daripada kos yang telah diperuntukkan, maka pewaris akan dimaklumkan untuk menanggung kos lebihan, sekiranya ada.
8. Sekiranya perbelanjaan berkurangan daripada jumlah kos yang diperuntukkan, maka, baki daripada peruntukkan tolak perbelanjaan akan diserahkan kepada pewaris.
9. Pihak BKSF akan mengadakan Majlis tahlil pada malam yang pertama atau keesokkannya samada selepas Maghrib ataupun Isyak mengikut kesesuaian masa dengan program surau yang telah diatur.