PROGRAM
'SMART STUDY'Bina Keyakinan Diri dan Cemerlang di dalam Bidang Akademik Melalui Penguasaan Kemahiran Pembelajaran Kendiri Secara Sistematik dan Berkesan.
Pengenalan
Kecemerlangan seseorang pelajar dalam akademik banyak dipengaruhi oleh teknik dan kaedah pembelajaran yang mereka amalkan. Pendekatan pembelajaran bestari (smart study) dapat membantu dan memudahkan pelajar menyusun serta merancang proses pembelajaran kendiri yang sistematik dan berkesan. Seterusnya dapat memudahkan mereka mengikuti pengajaran guru di dalam kelas masing-masing berfokus kepada matlamat untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Berdasarkan kepada matlamat jangka panjang di atas, AJK Surau Firdaus mengambil inisiatif menganjurkan Program Smart Study untuk pelajar-pelajar yang merupakan anak anak ahli kariah Surau Firdaus ini. Dengan harapan yang sangat tinggi moga pelajar pelajar dapat menyedari akan pentingnya memiliki minda untuk berjaya dengan cemerlang. Diharapkan program ini dapat membantu mereka mencapai hasrat tersebut.
Objektif Program
1. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kaedah dan teknik belajar yang sistematik dan efektif.
2. Melatih pelajar-pelajar teknik membaca dan mengambil nota yang berkesan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kemahiran menggunakan minda separa sedar (sub-conscious mind) dalam proses pembelajaran.
4. Melatih pelajar-pelajar teknik penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan yang berkait dengan proses pembelajaran.
5. Melatih pelajar-pelajar membuat perancangan pembelajaran kendiri dengan membina kanvas kawalan masa, ‘spider web’ pembelajaran, dan rajah pohon pembelajaran.
Misi
Matlamat Program
Matlamat utama Program Smart Study ini adalah melahirkan pelajar yang mahir menggunakan kaedah pembelajaran kendiri yang sistematik dan efektif disamping membina keyakinan diri untuk maju dan berjaya dengan cemerlang dalam akademik. meningkatkan tahap pencapaian serta membantu peserta untuk belajar dengan lebih cemerlang.
PENGARAH PROGRAM
” Semoga program yang dijalankan ini dapat mencapai objektif seperti yang diinginkan. “
En Abd Shukor bin Mohd Ali
- Mantan Pensyarah UiTM
- Ketua Lajnah Pendidikan Surau Firdaus
COACH PROGRAM
” InsyaAllah program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kemahiran menggunakan minda separa sedar (sub-conscious mind) dalam proses pembelajaran mereka.”
Coach Azmi Adnan
- Certified NLP Trainer
- Mantan Pensyarah UiTM
Tarikh & Lokasi
PROGRAM SMART STUDY SURAU FIRDAUS BTP 16
Tarikh: 5 Oktober 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan Solat Surau Firdaus BTP 16
Yuran: RM10.00
Program Smart Study akan Bermula Lagi
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Tentatif program
8:00 pagi |
|
8:30 pagi |
|
9:00 pagi |
|
10:30 pagi |
|
11:00 pagi |
1. Teknik Membaca |
1:00 tengah hari |
|
2:30 petang |
|
Borang Pendaftaran
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Peringkat Universiti sekitar Bandar Tasik Puteri.
- Terbuka kepada 80 peserta terawal sahaja.
- Yuran penyertaan RM10.00 setiap peserta. Bayaran boleh dibuat secara online ke akaun Bank Rakyat Surau Firdaus 1101536850 (Reference bayaran Nama Peserta & “Smart Study”) dan emailkan slip bank ke [email protected] (jika dah upload resit di borang tak perlu email lagi)
- Jika ada sebarang pertanyaan boleh diajukan ke group whatsapp program klik sini
JUMLAH PENDAFTARAN 80 |